Isnin, 5 Julai 2010

SABOTAJ PROGRAM DSAI


Walaupun program Dato Seri Anwar di Ledang disabotaj dengan penghantaran sms yang mengatakan beliau tidak hadir tetapi masih ramai lagi yang datang ke Markas Pas Parit Karang Jalan Kesang Laut. Ini menandakan rakyat di DUN Serom, Parlimen Ledang dahagakan maklumat yang benar sebenar-benarnya dari pemimpin kesayangan mereka. Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah hadir ke majlis tersebut.

Isnin, 28 Jun 2010

DSAI di Ledang


Pada 4 Julai 2010 ini Keadilan Ledang dengan kerjasama PAS dan DAP Kawasan Ledang akan mengadakan ceramah umum besar-besaran di mana tetamu Kehormat adalah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Chua Jui Meng. Ceramah tersebut akan diadakan di Markas Pas Kawasan Ledang, di Parit Karang, Jalan Kesang Laut, Ledang, Johor. Diharap penyokong Pakatan Rakyat dapat hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada pemimpin-pemimpin kita. Harap Maklum!

Ahad, 7 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC)

Jawatankuasa Cabang Ledang telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang seperti butiran berikut:

Tempat : Pejabat Keadilan Cabang Ledang, No 11, Tingkat Atas, Taman Muhibbah 2, 84400 Sg Mati, Ledang,
Tarikh : 20 MAC 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 malam

Semua anggota parti Cabang Ledang yang berdaftar dijemput hadir ke MATC tersebut. Kehadiran saudara/saudari dialu-alukan. Harap Maklum.

Ahad, 10 Januari 2010

Jamuan Makan Malam Ranting Sagil






Pada 9 Januari 2010, Ranting Sagil telah mengadakan Jamuan Makan Malam terbuka kepada anggota dan penyokong parti. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tean Hou, Sagil, Ledang. Lebih daripada 500 orang jemputan, kebanyakan kaum Tionghua telah menghadiri jamuan tersebut.
Di antara tokoh yang dijemput berucap di dalam jamuan tersebut adalah Dato' Cua Jui Meng (Ahli MPP), YB Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar, Selangor), YB Chang Meng Kai (ADUN Simpang Pulai, Perak), YB Ravi A/L Munusamy (ADUN Port Dickson, N.S.), Sdri Felicia Ling (Exco Wanita Pusat), Sdri Nah Budin (Ketua Wanita Johor), YB Eer (Ahli Parlimen Bakri, Johor). Majlis tersebut dipengerusikan oleh Sdr Lau Teck Hai (Mantan Calon Parlimen Ledang).